Sejarah Sekolah Agama Bandar Tenggara 1


Sekolah Agama Bandar Tenggara 1 terletak dalam Daerah Kota Tinggi, Zon 1. Sekolah Agama Kerajaan Johor ini dibuka dengan rasminya pada tahun 1977.

 

Pada awal tahun 1976, telah berhijrah 90 buah keluarga atau lebih kurang 450 orang ke Bandar Tenggara untuk bekerja di ladang berdekatan seperti Johor Tenggara Oil Palm (JTOP), Ulu Sibol. Pada masa itu tiada Sekolah Agama di sini dan ibubapa terpaksa menghantar anak-anak ke Sekolah Agama Felda Sungai Sayong.

 

Pihak ibubapa telah menubuhkan Jawatankuasa Perunding untuk mewujudkan sekolah agama di Bandar Tenggara.. Atas kerjasama Pejabat Pendidikan Agama Negeri Johor di bawah Pengerusi Hal Ehwal Agama iaitu Dato’ Sulaiman Yunus, melalui Pengarah

Pelajaran Agama pada masa itu iaitu En. Syed Ahmad  bersetuju menghantar seorang guru bernama Ustaz Mohd Nawawi Bin Haron.

 

Pada 1977, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (LKJT) dengan jawatankuasa penyelaras bersetuju menempatkan murid-murid di bangunan terbiar iaitu bekas bangunan pejabat sementara KEJORA di Bandar Tenggara.Anggaran murid dari darjah 1-3 seramai 50 orang dan segala peralatan dan kelengkapan disediakan oleh pihak KEJORA. Pada 1979, sekolah ini dipindahkan ke rumah papan bangunan masjid sementara Bandar Tenggara.

 

Setelah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras pada masa itu iaitu En. Abu Bin Omar, sekolah ini didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bandar Tenggara. Ia bertujuan untuk memudahkan segala urusan dengan Pejabat Pelajaran Agama Negeri Johor. Pada 1981, sekolah ini berpindah ke bangunan baru. Bilangan guru dan murid semakin bertambah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disponsor Oleh

Disponsor Oleh
Al-Barudy: Upskill